Pages

Monday, May 30, 2011

menangis sampai mata rabak boleh?

menangis menangis. kenapa air mata aku ni murah sgt????
menangis sampai buta boleh tak?
untung-untung tak payah tgk dunia dah.
semua orang pon hati akan senang kan???
kalau aku ketawa lebar-lebar pon semua tak suka kan
baik mcm ni je. nangis sampai mata rabak.
puas kan hati semua org ni mmg susah.
tapi kalau kita berkorban utk kepuasan org mmg orang suka
senyum lebar kau kan?? 

Sunday, May 29, 2011

Rindu sangat

SUBHANALLAH.

RINDU NYA 
HANYA AIR MATA JE MENEMANI I SEKARANG NI
SAYANG, MISS U SO MUCH.
KENAPA SEMUA NI BERLAKU KAT KITA??
KITA KENA SABAR JE LA DENGAN APA ORANG BUAT PADA KITA
MUNGKIN INI NASIB KITA.
I SAYANG U SANGAT

Wednesday, May 25, 2011

Takkan Berhenti Melihat Kamu Tersenyum

Aku selalu ingin melihatmu tersenyum 
Selalu bahagia 

Dan disinilah aku
Menepi melihatmu dari kejauhan 
Menanti dalam damba
Berharap aku yg membuatmu tertawa

Bagiku
senyumu menghentikan dunia
Membuatku tak sadar
sudah sekian lama ku disini
memperhatikanmu

Dalam setiap mimpi
ku berdoa
dalam setiap angan
ku berharap
untukmu
Demi bahagiamu

Tak ingin ku lepas pandanganku
tak ku biarkan dunia mengganggu
Dirimu

Aku selalu disini
menanti hadirmu
Ingin kembali menatapmu
dan kembali hentikan waktu
Di tempat biasa kita bertemu
Taukah kau dimana itu??

Dihatiku 

Ikhlas, Shesjack

Tuesday, May 17, 2011

Nak sedih ke nak suka?

I tak tahu la sama ada nak sedih atau nak suka sekarang ni. Hmm pagi-pagi I dah nampak benda yang buat I rasa... sedih jugak la. Ntah la. I tak pernah pon nampak sebelum ni. Tapi lately ni I asik nampak je. U kata tak kan ada dah. Tapi still ada. Apa yang perlu I rasa?? I nak sedih ke, atau I nak suka?? I pon tak tahu. I tahu I sepatutnya tak berhak pon nak rasa iri hati. Tapi sebab I dah sayang U, I rasa U pon boleh rasa apa yang I rasa kan? Dah beberapa minggu ni I sedih bila lihat benda tu sayang. Sumpah I tak tipu. I tahu I siapa. Tapi jauh di sudut hati I, I iri hati. Bila I nampak mesti I terpikir benda-benda yang.. hmmm tak nak sebut. Tak pe la. Asalkan itu buat U rasa happy. Dulu tak de sekarang dah ada. Ok lah tu kan??? 
Ntah la. Tak nak tulis dah. Air mata dah bertakung kot. Bye :"(

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa ye??

Kenapa tetiba perlu ada rasa macam ni?? 
Kenapa perlu ada rasa semua macam dah berubah??
Kenapa semua yang dulu nya boleh kini tak boleh??
Kenapa perlu jadi semua yang tak nak terjadi??
Kenapa perlu ada semua ni??

Serius I memang tak suka nak rasa macam ni. Macam semua nya akan habis macam tu je. Sebab sebelum ni kita isi semuanya. Mungkin semuanya akan habis macam tu je?? Kenapa tak pertahankan apa yang kita buat dulu?? Kita buat semua untuk kita. Dan kalau I buat semua untuk U. Boleh tak U buat semua ni untuk I juga. Tanpa ada yang kurang? Boleh tak?? I tak suka ada rasa hilang. Ada rasa kurang bila sebenarnya semua tu cukup!. Perlu ke I meminta? Tak kan?? Perlu ke I ingatkan?? Tidak kan??? Harap U paham la. I tak marah. Dan I tak memaksa U. Tapi I mintak U pertahankan apa yg ada dulu nya. Itu je :(

I tak suka nak rasa macam ni. I tak suka nak berfikir hal macam ni. Sebab I tahu itu tak adil untuk U dan untuk I. I cuma nak Kekal! Kekal apa yang kita pernah ada dan pernah rasa dulu. Itu je. Sebab itu semua yang buat I bahagia. I tahu apa yang sedang kita alami. Tapi kalau I sorang je yang buat semua ni, tak adil la. Tak kesian kan I ke? :( tak mintak simpati. Cuma memahami. Itu je. 

Ok la U. I hope U paham. Keep it up! Luv u!

Tuesday, May 10, 2011

sometimes

SAYANG
Sometimes I cry because I feel so alone without you
Sometimes I cry because Im so happy that I met you
Sometimes I cry because Im scared of what might happen
Sometimes I cry because Im scared to ruin what we have
But more often than not, I will smile, because you have given me something no one else ever could. You give me that unexplainable feeling of happiness and warmth, and it is something I will never ever forget. 

AND..
I felt ashamed for what I had done. I don’t have any excuses. I did what I did. I take full responsibility for myself and my actions. I wouldn’t pawn this off on anybody. I’m sorry it happened. And I hurt you.

Monday, May 9, 2011

Mengalah

Aku mengalah
Tak bererti aku KALAH
Aku mengalah 
Untuk elakkan masalah
Tak bererti aku KALAH
Aku mengalah
Mungkin aku salah
Tak bererti aku KALAH
Aku mengalah
Bila aku terasa lelah
Tak bererti aku KALAH

Sayang, I mengalah untuk semuanya. I harap U tahu apa yang I rasa kan?? I mengalah. Untuk U. Untuk kita. Tapi semuanya tak bermakna KITA KALAH. Kalau ini yang memang dah tertulis untuk I dan U, I hadap semua ini. I manusia biasa yang tak pernah lari dari rasa cemburu. Tapi tak pernah I letak rasa benci. I mengalah dengan semuanya kalau itu yang buat kita boleh bersama. 

Sunday, May 8, 2011

kosong? tak kosong sangat kot

Pernah rasa kosong??? Kosong seperti?? tak ada apa yang boleh di isi. 
Maybe ada yang pernah rasa. And maybe ada yang tak pernah rasa. And maybe pernah rasa, tapi tak tau itu kosong. Haha. Mungkin la.

Macam sekarang ni pon. Nak tulis entry ni pon, apa yang terbuku dalam hati ni banyak sangat. tapi bila nak memulakan menaip, jiwa saya kosong. Macam apa yang I terfikirkan td, yang banyak-banyak tu hilang. Hilang sebab?? Sebab kosong la. Macam tu kosong yang sedang I rasa sekarang ni. Hmmm. 

Sebenarnya tak suka la bila ada rasa macam ni. Sebab tak rasa seronok langsung dengan perasaan yang macam ni. Rasa lemas. Rimas. Hmmm :(

I selalu nak sesuatu yang kadang kala I sendiri tak pernah terfikirkan pon.But at the same I tahu semua yang I nak kan tu macam angan-angan je. Ye sebab benda tu kadang-kadang tak logik langsung. Tapi itu la I. Unpredictable. Dari dulu kawan-kawan pon selalu kata I ni unpredictable. Tapi kadang apa yang derang kata tu, ada betulnya jugak. huhu. Tak pe la. Yang penting sekarang ni I rasa memang I tengah kosong. Hmmm :(

Wednesday, May 4, 2011

Minggu yang hambar kot!

Minggu ni, minggu pertama dalam bulan Mei. Minggu yang I rasa sangat hambar. Mendung. Tak ada sinar matahari yang terik sehingga boleh membuatkan I berteriak. Haha. Itu bahasa apa tu weh?? haha. Tapi memang betul la. I tak rasa minggu ni minggu yang menyeronokkan. Sebab?? dari mula hari Isnin dah ada macam-macam rasa tak seronok yang menyelubungi I ni. Kalau dengan selimut tu sedap lah jugak. Hmmm minggu ni banyak menghabiskan masa dan melayan emosi dengan benda-benda yang merepek. Merepek macam  mana? ntah la. Ntah la tu pon sesuatu yang merepek. Bagi I la. Ish tak boleh la terus macam ni. Minggu ni jugak banyak menggunakan otak aku ni dengan berimaginasi dengan benda-benda yang mengarut sehingga berkerut dahi I ni. Ish nasib tak de suntik botox. Kalau tak, tak menjadi botox I. Hmmm :|

Minggu ni minggu yang membuatkan rasa malas saya membuak-buak. Sebab?? semua malas la. Tak ade yang boleh membuatkan I rasa berkobar-kobar. Buat I rasa terbakar lagi ada. Ya Allah. Sabar Yayaa Sabar. Itu la ayat yang selalu aku ingat dan pesan buat diri sendiri. Sabar

Minggu ni minggu yang I rasa minggu paling pendek I habiskan masa bersama dia. Sebab?? Sebab Isnin tu kan cuti. 

"Kau dah tolak 1 hari aku yang sebenarnya bergitu bermakna untuk aku tau tak? Kau memang kejam kerajaan!!! :(. Sampai hati kan?? "

Tapi tak pe la. Buat couple-couple tu boleh la berdating kan? peluang untuk korang la. Lucky la kan?? huhu.

Sayang, bila kita nak dating?? hmm :|

Ok cepat la sikit habis minggu ni. I nak berhenti termenung memikirkan " Apa nak buat ni wehhh??. Otak tak active dah ni" grrr. BYE

Tuesday, May 3, 2011

Spy??

Permulaan Mei yang I yang rasa sangat tidak menyeronokkan. Sebab? Sebab awal Mei tu cuti. 2 Mei tu cuti. 3 Mei tu kerja macam biasa. Tapi dapat khabar yang tak mengembirakan. Actually lebih kepada berita yang kurang meyenangkan telinga I ni untuk mendengar. Memang tak seronok la. Ada saje orang yang dah mula bercerita pasal I. Cerita la apa pon yang korang rasa buat korang rasa puas, I tak kesah. Aku face je dengan rasa berat hati. Asalkan kau rasa senang hati dan puas. Memang I selalu buat benda yang orang tak suka. Tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah nak ambil tahu hal orang nak buat apa pon. Sebab bagi I i tak dapat apa-apa pon kalau i buat macam tu. Biar la orang nak buat apa. Itu hal mereka. Tapi atas sebab u all ni terlebih ambil berat pasal I kan, I nak ucap terima kasih banyak-banyak la ye. Lepas ni jangan sebab keburukan orang je u all nak sebok-sebok. Harap kebaikan orang tu pon u all boleh sebok-sebok. Bye spies!! FY!

Monday, May 2, 2011

kereta oh sayang!

Kereta oh kereta...

Kereta I rosak. Hmm rosak ke?? ye la kot. Sebab tak leh start. So i declare as "rosak" la. Huhuhu. I mula-mula perasan kereta I rosak semalam iaitu hari Isnin. Ye Isnin. Hari yang semua orang seronok sangat sebab dapat bercuti kan? Grr. Apa lah yang seronok sangat bercuti tu. Hmmm. 

Puncanya, mula-mula I nak g kedai. Ingat nak jalan kaki je. Sebab kedai tu depan rumah  je. Tapi bila kuar rumah I sedar hujan. So malasnya nak jalan hujan-hujan ni. Pegang payung ni kadang-kadang buat I rasa rimas. So dengan penuh rasa keyakinan, I pon ambil la kunci kereta. Sampai kat kereta, dengan semangatnya start enjin la. Tetibe dalam hati 

"Eh apahal ni. Lain macam je." sedap kan hati 
"eh sensor ni tak kena sebab jari ni basah kot". 
Try la lagi sekali laaaaa
" Ehhhh main-main pulakkkkkk diaa" 
Tahu tak dalam hati ni Tuhan je tahu cemas tak cemasnya I. Huhu

Ok fine rupanya memang kereta ni tak boleh start. OMG!!! Tension betul laaa!!. Last-last nak cover line dan sedapkan hati sendiri, ambil payung dalam kereta dan pergi ke kedai. Tadi sebelum g kedai rasanya macam2 rasa nak beli. Tapi bila dah sampai, I hanya beli 'Air kotak Soya'. Semua gara-gara hati tak senang kereta tak leh start :(. Balik rumah terus ngadu la kat mama dan ayah. OK besok kena la pinjam kereta ayah kejap nak g keje. Ye la. kereta dah 2 tahun pakai. Mungkin battery kot. KOT la! Ish tayar pon nak kena tukar. BOTAK sudah! EEEEEEeeee tak sukanya bila jadi macam ni. Actually memang planning nak pergi service kereta hari ni (Selasa) lepas balik braces check up. Sabar je la. Tindakan I memang lambat. Maklum la, orang busy. Busy ke? haha. So hari ni dengan rasa tak seronoknya I g keje. Hmmm

Tapi...

Seronok jugak la sebab hari ni hari selasa. Semalam cuti kan?? So hari kerja ni dapat jumpa dengan kekasih hati. Hikhikhik. Semalam muka masam mencuka kan? so hari ni bangun pagi dengan penuh rasa berkobar-kobar. Pagi-pagi sayang dah call dengan suara excited, I lagi la tambah excited. Tak sabar nak jumpa. Heee. Kereta oh kereta bertukar Sayang Oh sayang! Haha. Sayang u sangat-sangat J.

Untuk ayah, thanks ayah sebab tolong settle kan kereta akak. hikhik. And thanks jugak sebab bagi pakai kereta ayah sementara. Nasib ayah tak suruh pergi keje naik komuter. Hahaha. Memang patah la kaki aku nak mendaki weh. Haha. Love u ayah!!

Sunday, May 1, 2011

Bekerja???

Tak sedar yang rupa-rupanya dah masuk bulan Mei kan??? pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei. Ish cepat betul masa berlalu ye. I rasa banyak yang I tak laksanakan lagi seperti apa yang pernah dirancang sebelum2 ni. Haihh. Sabor je den. Banyak lagi ni weyh. Habuk on tak de lagi. Hikhikhik :)


Nak ambik kesempatan sikit nak wish HAPPY LABOUR DAY for those yang bekerja tu ye. Kita insan bekerjaya. hikhik.Bila ingat balik zaman-zaman bekerja keras dulu. Hahaha sampai semua kawan-kawan nak gelar kan I ni workaholic. Actually bukan workaholic sangat pon. Tapi atas sebab rasa tanggungjawab atas kerja yang kita dapat tu je. Tapi kalau nak di bandingkan kerja dulu dengan kerja sekarang, banyak bezanya. Kerja dulu, bos suka bagi kerja tu macam tu je. I kayuh sorang2 je. Stress. Kerja pagi balik petang. Sedangkan kerja office hour. Tapi disebabkan beban kerja yang overload, terpaksa bekorban sedikit untuk semuanya tu. Demi menjamin masa depan anak-anak muda sekarang ke arah yang lebih cerah. Menjadi seorang mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya. Cewahhh ayat poyo I dah terkeluar. Hikhik :)

Tapi kerja sekarang kalau nak di ikutkan lebih mencabar. Mencabar atas sebab? Mungkin sebab dah berpangkat sikit. Tapi secara honest I lebih suka berada dibawah. Bukan atas sebab rendah diri atau apa pon. Tapi dulu kan. Dok bawah. Tapi orang hormat. Sekarang makin di atas, ada jugak yang tak hormat. Bukan mintak di tabik. Cuma rasa hormat!. I ni jenis tak pandai nak mengarah-arah orang. Lebih suka diamkan diri. Tapi tak bermakna I ni lemah. Dulu pon jarang nak marah-marah orang. Tapi bila diamkan, boleh jadi melampau!! Bila I bersuara, jangan ada yang terasa ye. Sesiapa yang pernah terkena tu, I mintak maaffffff sangat-sangatt ye!! hikhik :P semua teguran tu untuk kebaikan bersama juga hehe :)

I harap sangat la. tahun ni boleh bekerja dengan aman, tenang dan penuh dedikasi dari hari-hari yang sebelum ni. Walaupun sikap MALAS tu tak pernah lekang dari diri I ni. Hahaha. Untuk semua kawan-kawan yang bekerja tu, Selamat hari pekerja. Semoga boleh jadi pekerja yang berdedikasi. Hikhik.